Wednesday, October 26, 2011

laksa mi Pangkor

Resipi asas untuk laksa mi Pangkor ialah -
1. Mi sua (saya tidak pernah jumpa dijual di pasar raya KL)
2. Sup ikan
3. Sayur kacang panjang
4. Sambal
Tidak kira bagaimana anda menghasilkan keempat-empat bahan ini dan boleh dipelbagaikan.

RESIPI:

Mi:
*celur mi sua atau bihun

Sup:
* tumis bawang putih dan halia yang ditumbuk
* masuk ikan kembung pelaling
* tomato dan daun (@ asam keping)
* garam, gula
* saya tambah ketam
* dulu saya hiris isi ikan melintang, tulang direbus ambil air sahaja

Kacang:
* tumis bawang
* masuk kacang panjang yang dihiris bulat nipis-nipis
* boleh tambah cili, ikan bilis, udang, fish cake, fish ball, lobak masin dan sebagainya

Sambal:
sambal kosong, sambal bilis, sambal udang, sambal sotong dan sebagainya
dulu saya masukkan sambal "O" di belakang ikan kembung dan goreng ikan tersebut

ikan seekor-seekor supaya tidak pecah

Kak Tipah & Nazreena minta bekalkan

nak cepat - sambal ikan kembung

tiga jenis sambal : ikan kembung, sotong dan "O"

meriah dengan pelbagai sambal

asas: bihun, kacang, sambal & sup ikan

tak muak

ikan kembung pelaling

ketam

sup ikan & ketam

kacang panjang fish cake & lobak masin


***Anekdot
Dulu saya kerap menyediakan sup ikan menggunakan kepala ikan merah dan isinya. Sekarang untuk membuat kuah laksa pun saya tidak lagi mengambil kepala ikan kerana anak-anak sedang belajar dan menghafal. Memang terdapat kelainan pada rasa kuah laksa jika hanya menggunakan isi ikan tanpa mencampurkan dengan tulang dan kepala ikan terutamanya ikan sardin yang dikisar dan ditapis.

No comments:

Post a Comment