Wednesday, October 26, 2011

kek keramel







putaran sangat laju



ini saya terbalikan mangkuk




biru


pink


hijau








kek cedera sedikit he he he


kamera tidak jelas untuk closeup


lebih elok ditambahkan masa baking 10 minit lagi


pisau pun tak tajam



KEK KARAMEL - My Resipi

(A) Bahan Paling Bawah
2 sudu makan gula buat gula hangus
*letak dalam loyang

(B) Bahagian Selepas (A)
1/2 tin susu cair
70 gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 kuning telur
* campur dan kacau sehingga gula larut
* masuk dalam loyang

(C) Bahagian Kek
Bhg. (I)
3 kuning telur
70 gm gula kastor
145 ml air
45 ml minyak masak
* pukul dengan mesin pengadun kek sehingga kembang

Bhg. (II)
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
* ayak
* masuk dalam aduan di atas selang seli dengan adunan (D)

(D) Meringue untuk Kek
6 telur putih
70 gm gula kastor
1 sudu teh cream of tartar
* pukul dengan mesin pengadun kek sehingga kembang
* bila diterbaikkan mangkuk, adunan tidak turut terbalik

Cara makeup kek:
1. Panas oven 170 darjah.
2. Resipi asal menggunakan acuan 7x7, saya menggunakan loyang bulat 9 inci.
3 Bahagikan adunan kepada 3 warna (ikut cita rasa).
4. Masukkan ke dalam loyang secara berselang-seli di tengah-tengah loyang sehingga selesai dan lorek dengan lidi @ pencolek gigi @ mancis.
5. Bakar secara double boiling selama 1 jam suhu 160 darjah.
6. Bila masak angkat dan biar kek mengecut (kek akan renggang dari loyang).
7. Terbalikkan ke dalam pinggan.
8. Masukkan kek di dalam peti sejuk supaya lebih sedap.

SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment