Sunday, October 23, 2011

apple crumbler cake

Saya pernah buat kek seperti ini pada tahun 1988 tetapi menggunakan nanas. Saya membayangkan kek ini akan menjadi - kek pada lapisan bawah, bahagian tengah epal yang masam manis tetapi cair sedikit (seperti pai epal McD... he he he beranganlah tu - tetapi tak menjadi, rasanya perlu lebih gula). Hanya menggunakan seketul mentega saya pernah hasilkan kek sedemikian rupa. Tetapi kali ini saya rasa kesilapannya ialah kerana saya menggunakan loyang yang agak besar maka crumblerya agak nipis (nampak epal bukan bayang epal).
Apapun boleh tahan untuk cubaan pertama. Saya akan buat lagi tetapi perlu berguru dan akan buat semakan di internet.

7 biji epal buang kulit dan potong nipis
3/4 cawan gula perang
1/2 cawan air
1 sudu makan serbuk kulit kayu manis


masak - saya bayangan akan menjadi pekat
tetapi agak kering - manis dan masam

3/4 mentega
1 cawan gula
2 cawan tepung kek
2 biji telur
krim mentega gula + telur & tepung

masuk dalam loyang

tabur epal

1/4 mentega
1/2 cawan gula
1 cawan tepung kek
gaul menjadi serbuk roti


tabur atas epal


bakar - 175 darjah selama 45 minit


ketika bakar - aroma kulit kayu manis... semerbak


kek OK cuma crumblernya nipis


rasa bolehlah... 7/10 je markahnya he he he


yang ada ais krim coklat - makan je...

***Anekdot
Mulanya tidak hendak buat tetapi petang tadi rasanya seperti tidak mengantuk... lalu saya pun baking ni tetapi hasilnya tidak seperti dalam bayangan... Saya perlu dapatkan cara meng....kan epal supaya menjadi pekat (meng... apa? epal tu ye!). Rasa - NOT BAD

No comments:

Post a Comment