Monday, October 31, 2011

cili masak


Tanpa memberikan sukatan cili kering, sekadar menunjukkan cara memproses cili masak @ sambal. Saya membeli cili kering dalam jumlah ringgit, selalunya RM12 untuk membuat sambal dan RM7.00 untuk cili mentah yang dikisar.
Gunting cili untuk membuang biji, rebus, basuh dan kisar menggunakan air dan sedikit minyak masak. Bawang besar dikisar kemudian ditumis dengan minyak masak yang agak banyak sehingga naik bau kemudian dimasukkan cili kisar. Apabila separuh masak masukkan gula (putih @ perang), garam dan asam keping. Masak sehingga pecah minyak @ naik minyak.

***Anekdot
Tumis dengan minyak yang banyak kerana cili mudah garing.
Simpan di dalam bekas kecil dan masukkan di bahagian freezer. Apabila perlu keluarkan dan biar cair sebelum digunakan. Tidak perlu ditumis lagi sekadar masukkan beberapa sudu cili, tambah air dan tambah bahan-bahan lain, contoh :
-Bihun goreng tambah sos tomato, sos cili dan tiram.
-Ayam masak merah tambah sos tomato, sos cili dan perasa.
-Sambal telur, sotong, bilis tambahkan sahaja.
-Ikan belah belakang sumbat cili dan goreng.

* Boleh ditambah udang kering atau ikan bilis ketika mengisar cili supaya cili lebih sedap, panaskan dan boleh dimakan bersama nasi lemak.

* Sesuai untuk wanita bekerja kerana menjimatkan masa.

* Tiga tahun dahulu ketika mula-mula saya menyimpan cili masak ini dengan nilai RM10.00 saya beroleh 8 bekas, yang mentah 10 bekas. Sekarang dengan nilai yang sama saya beroleh 6 bekas saiz sederhana untuk cili masak dan 7 bekas cili kisar.

No comments:

Post a Comment