Wednesday, October 24, 2012

perihal kek lapis

...pertama kali buat dan terus buat dua biji sebab tak mahir dan daripada terbuang api oven terus terfikir buat dua sekali gus. Memang jimat api dan boleh dapat dua kek dalam masa 1 1/2 jam. Bijak juga... kadang-kadang.

Saya jumpa banyak resipi dari internet dan saya ubah suai resipi sebab nampak lembik dan lagi penggunaan mentega yang banyak tetapi tepung yang sangat sedikit (pandai-pandai je - ni namanya derhaka pada resipi!).

Kek lapis memang "very rich", berat dan lembab. Tengoklah hasilnya sebelum dipotong (belum fikir caranya untuk keluarkan dari acuan kerana tak berani nak telangkupkan kek sebab tidak menggunakan ovellet atau quick 75).

Masa yang diambil sekitar tiga jam - penyediaan dua adunan satu jam dan baking 1 1/2 jam, basuh dan kemas perkakas lagi 1/2 jam he he he berkira betul! Berbaloi sangat tetapi rasa belum tahu lagi. Baru selesai membuatnya dan perlu tunggu hingga betul-betul sejuk baru dipotong.

Letak sedikit pewarna sebab rasa akan terlalut, kut terambil salah adunan sebab masih terkial-kial, tambahan bila letak haw flakes dah lupa bancuhan yang mana satu - kuning lemon

Resipi saya akan sertakan pada entri kek berkenaan... Jom layan gambar!



menggelembung - cucuk dengan lidi, tekan guna belakang sudu




gelembung hanya selepas banyak lapis


mula tutup dengan foil tapi lambat garing - buka foil


dah siap


sejuk baru potong


No comments:

Post a Comment