Twins selepas Jumaat beraya di rumah Zainol (akikah kambing dua ekor), dan kami juga dijemput tetapi mama malas nak bergerak... berlingkar je macam ular he he he. Sampai petang boleh mama layan cerita Mae Lambung tak pasal je sebab Luqman buka cd tetapi dia tidur. Sempurnalah raya mama tengok satu cerita he he he (tak pasal-pasal!).
Kira-kira pukul 6.00 petang Nafisah telefon minta kami semua ke rumahnya (telah dimaklumkan minggu lepas lagi). Mama memang tak berhajat pergi sebab tak mau makan banyak, maka mama pun makan nasi daging ayam pukul 5.00 petang. Memandangkan beriya-iya Nafisah minta kami ke rumahnya, katanya "Sapalah nak tolong berabeh laksa, mi tulang kami ni." Maka kami sekalian hamba-hamba pun ke rumahnya sekitar 6.00 petang - maka terBUKAlah perut mama untuk menerima mi tulang dan dadih yang sangat sedap. Mi tulang sungguh istimewa; dah minta resipi tapi tak ambil..., nantilah mama minta resipi tetapi buat masa... makan dulu kenyang-kenyang. Memang sedap - tulang lembu, udang, sotong dengan ubi keledek - perrrhhh... tak tau nak HABAQ! Dadih pula rasa seperti susu kerbau!
Sejak dua minggu lalu twins minta buatkan lagsane, mama nak buat pagi raya tetapi banyak pula makanan, jadi buatkan lagsane pagi ni. Sejak balik cuti petang Rabu, twins iftar di Al Rawsha, tengah malam pula makan McD (Luqman layan), tengah malam semalam McD lagi (kak Na layan selepas beraya di rumah Leni; selepas kami ke rumah Nafisah; mereka ke rumah Leni pula)
sarapan raya ke-2
lagsane
buat dua bekas
Nafisah bagi kek coklat & dadih
coklat kek yang sangat sedap
kek keju
beraya rumah Nafisah
(mi tulang & laksa tak bergambar sebab sedap he he he)
aneka kek
kek pagi raya
pulut bakar
kek prune terjun he he he
sebab oven teroff timer
sebab oven teroff timer
kek coklat - tak berapa sedap sebab tu tak buat topping
tapi tinggal setengah tin
ayam merah
nasi daging - ganti ayam untuk hari raya
sarapan raya - cucur udang sekilo tepung!
sahur mama - roti Suzanti beli di Teluk Intan wow!
bakar sapu butter Luprak & kaya
bakar sapu butter Luprak & kaya
sarapan Adilah
sahur twins - humnus
...roti dari Ar Rawsha
kemas kek lapis
dan bedak-bedak pada jiran
banyak pula
kurang diminati - perlu buat kek coklat yang lebih sedap
CUBA LAGI!!!
nak cerita sikit je... jadi panjang berjela juga...
***Anekdot
Resipi untuk sukatan dua loyang seperti dalam gambar. Ini resipi lain daripada yang lepas - guna tomato pes
Resipi:
Isi Ayam:
800 gm isi ayam @ daging kisar (saya guna daging)
1 biji tomato - dadu
1 tin kecil pes tomato
4 sudu makan cili giling
3 biji bawang besar - dadu
1 tin cendawan butang
garam
- panas minyak
- masuk sedikit bawang
- masuk cili giling
- masuk isi ayam @ daging
- masuk cendawan dan baki bawang
- rasa garam
Sos Bachamel:
6 sudu makan mentega
5 sudu makan tepung
2 telur
1 tin susu cair
1 1/2 tin susu air
secubit garam
- panas mentega
- masuk tepung
- masuk cecair
- masuk telur
- sentiasa kacau
** resipi ini agak lemak berbanding yang lepas
Persembahan:
- sapu minyak pada bekas/tin pembakar
- letak kepingan lasagne
- tabur isi ayam @daging
- letak sos bachamel
- ulang lapis lasagne, isi ayam dan sos bachamel hingga habis
- tabur keju
- bakar 150 cecius 20-30 minit
Kak, mintalah resepi dadih dan kek coklat tuh, nampak sedap je..hmm
ReplyDelete