Thursday, October 18, 2012

Alhamdulillah Sarah

Saya pernah cerita tentang perjalanan untuk Gathering ASAK di Kuala Kangsar via Teluk Intan kerana melawat Sarah di hospital link SARAH. Sarah kemalangan jalan raya pada hari raya ke-5 akibat mengelak daripada anjing. Sejak itu Sarah koma dan selang dua hari selepas kami melawatnya, beliau telah dibenarkan pulang tetapi masih tiada tindak balas kerana kecerderaan pada saraf.

Pagi tadi Azuah (emak Sarah) memaklumkan bahawa petang semalam Sarah boleh mengangguk, kenal orang di sekeliling cuma belum boleh buka mata sebelah kiri  - Alhamdulillah

No comments:

Post a Comment