Saturday, June 23, 2012

orang Kedah makan laksa Johor

... jangan marah orang Johor

Semalam Kak Alijah buatkan laksa Johor untuk kelas agama. Kuah lebih agak banyak atau mungkin spageti yang kurang. Saya bawa balik dan siapkan semua ramuan - timun, tauge, bawang dan limau kasturi. Yang tak ditambah bunga kantan, kacang panjang atau kesum (daun salam... kirim salam...). Sambal belacanpun ikut buat tetapi versi Kedah, kerana nampak sambal Kak Alijah merah.



seperiuk kuah



***Anekdot
Mula-mula saya makan laksa Johor pada tahun 1982 ketika kami berempat - Kak Zaharah, Zaiton dan Hairani bercuti ke Seremban, Melaka, Muar, Johor Bahru, Pengerang, Teluk Ramunia, Mersing dan balik ikut Rompin, Kuantan. Tahun itu saya mula kerja dan teringin sangat-sangat nak melihat A Famosa. Masa itu cuti agak panjang iaitu tahun baru cina. Mula-mula kami makan di A&W drive thru di PJ kemudian kami memulakan perjalanan ke bandar Melaka. Masa itu A Famosa bukan seperti sekarang kerana kota itu masih di tepi laut. Malam itu malam tahun baru cina dan kami bermalam di Muar, di rumah kakak Zaiton.
Sentuh cerita A Famosa teringat pengalaman membawa Dr. Knowles ke kota bersejarah itu. Nampak wajah  Dr. resah dan apabila ditanya beliau mengatakan mengapa kota itu nun... jauh dari laut. Apabila saya ceritakan asal kota itu di tepi laut dan berlaku penambakan baru nampak beliau ceria dan tergelak. Agaknya hairan bin pelik... penjajah tak tau bina kota pertahanan. He he he.
Esoknya kami ke Safari di JB (haiwan tengok kita) - ada harimau, gajah, zirafah, kuda dan paling saya ingat - roller coster. Kemudian ke Pantai Lido dan terus ke Pengerang, ke rumah keluarga Ton betul-betul di tepi laut. Apabila tidur pada malam hari terasa seperti air di bawah lantai... tepi... telinga. Kemudian beralih lagi kami ke Mersing rumah keluarga Kak Zaharah - keesokan paginya katil patah! he he he (melawak atas katil... buat malu jelah cerita)
Asal cerita laksa Johor pastu meleret pula. Saya pernah buat laksa Johor seperti yang diajar oleh emak Kak Zaharah - piaw... ikan parang!. Panjang lebar cerita pasai laksa Johor dan pengalaman belajar membuat laksa Johor nun... jauh di Mersing ek!

No comments:

Post a Comment