... mendaftar di Pusat Asasi, UIA, Petaling Jaya - Kursus Ilmu Wahyu. Sesi pendaftarannya pukul 2.00 petang, sesak jalan raya dan sesak juga dalam kampus. Selesai urusannya sekitar 3.00 petang tetapi Farhani ada masalah sedikit kemudian selesai sekitar 3.30 petang. Terdapat van mengangkut keperluan pelajar bagi mengatasi kesesakan dalam kampus. Sempat kami meninjau asrama dan bilik mereka, dua katil masih belum berpenghuni. Pendaftaran bermula sejak petang Jumaat mengikut kursus dan esok pagi pendaftaran terakhir.
sebilik dengan Farhani rakan sejak dari sekolah rendah
***Anekdot
Ada juga lagi barang yang tertinggal di rumah - filem x-ray, al-Quran, buku bahasa Arab dan kamus BI-BM, BM-BI. Pada 11 Jun 2012, Isnin depan pelajar akan menduduki peperiksaan bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Sempat juga tiga orang lelaki rakan sekolah yang sama dengan Farhah dan Farhani berjumpa mereka ketika sesi pendaftaran. Rakan lelaki mereka semuanya mendapat kursus kejuruteraan dan mereka mendaftar pada pagi hari Sabtu.
Tahniah Farhah, semoga berjaya kelak dengan cemerlang!
ReplyDelete