Asalnya hanya untuk menolong dan memberi dorongan kepada pelajar Setia Budi. Tetapi kemudiannya dipilih untuk menyertai sebuah kumpulan debat kerana tidak cukup grouping. Terdapat 25 kumpulan dan bagi menggenapkan kumpulan bertanding, maka pengadil memilih beberapa orang yang hadir untuk membentuk satu kumpulan lagi.
Mama pun tak jumpa apalagi berbual dengan Farhah kerana Farhah balik pagi Jumaat terus ke UIA Gombak. Baru semalam diberitahu dan Farhah terus pulang ke UIA PJ. Mama keluar makan malam bersama dua tetamu yang bermalam di rumah - Azuah & Zai.
Farhah cuba untuk kembali semula ke UIA Gombak untuk menyertai pertandingan debat dengan menghubungi pengetua asrama, tetapi pagi ini kelasnya telah bermula. Masih ada seorang lagi peserta simpanan menggantikannya. Kumpulan Farhah dan Setia Budi mara ke peringkat suku akhir.
No comments:
Post a Comment