Saturday, November 10, 2012

roti kerca


Bila anak-anak mama suka lempeng maka mamapun masak roti kerca pula;  sepupu-sepapat/adik-beradik lempeng/lempiang cuma tambah susu dan persembahannya juga ada kelainan sedikit.

Selepas dimasak roti kerca ni biasanya dipotong menyerong - mungkin untuk nampak cantik. Resipi ini daripada kawan juga senama; Moni Mansor. Menurutnya roti kerca ni memang dah lama, sejak dia kanak-kanak lagi tetapi mama dari Kedah Selatan tak pernah tahu, mungkin orang di Kedah Utara sahaja yang biasa dengan makanan ini.

Cicah dengan gulai/kari esok @ lusa he he he semalam @ kelmarin memang sedap. Kebetulan masih ada kari kambing, sikit je pun tetapi memadai.



lambak je


terajin - susun sikit


masalah lighting


entah bila nak tukar bulb


tinggi juga tapi lampu & tangga memang ada



Resipi:
3 cawan tepung
2 1/2 cawan air
1 1 /2  cawan susu (saya guna UHT)
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan minyak sapi
1 telur

***Anekdot
Mama tak pernah buat lempeng/lempiang gandum sahaja kerana mak dulu tak pernah ajar kami makan lempeng/lempiang kecuali lempeng/lempiang kelapa. Lempeng yang sewaktu dengannya yang pernah mama makan ialah kulit ketayap/kuih dadar yang berbaki mama cicah kari - kari lagi! Di utara lempeng dikenali sebagai roti nyok tetapi keluarga mama panggil peknga 'tempek dalam belanga'.

Kalau ada lebih kari atau kuah kari sekalipun bapak mama mesti minta buatkan roti canai. Kakak mama yang kena uli atau mama tapi banyaknya kakak yang kena uli doh. Sekarang roti canai yang pernah mama buat tak dapat tekstur roti canai seperti dulu-dulu mungkin kerana tepung atau minyak masak. Sekarang roti canai hanya boleh diperap dalam majerin dan bukan semua tepung gandum boleh dibuat roti canai.

Selain roti canai gu dengan kuah kari yang paling keluarga mama suka; ada satu lagi iaitu bawang jeruk (kegemaran kakak) semestinya berwarna merah, entah tak tau sebabnya. Mama suka makan dengan majerin tabur gula atau susu manis (cap Junjung). Kalau tok/nenek sebelah emak mama pula selepas canai roti, hiris pisang, tabur gula sikit kemudian lipat kemas-kemas baru masak. Pernah juga tok/nenek guna telur, bawang, lada hitam dan daun bawang.

No comments:

Post a Comment