Mama nak kongsi risalah mama ambil ketika mendapat rawatan fisioterapi di Hospital Tanglin. Risalah dari Jabatan Farmasi Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Banyak juga risalah seperti kompilasi diabetes, osteoarthiritis lutut, perkhidmatan terapi cara kerja - anger management, splint & mobiliti kerusi roda. Mama hanya nak kongsi dua je - kolesterol & gout.
KOLESTEROL
Sejenis lemak yang dihasilkan secara semulajadi dalam badan; terdapat dua jenis kolesterol iaitu HDL - kolesterol 'baik' dan L - kolesterol 'jahat'. Kolesterol didapati dalam otak, saraf, saluran pencernaan dan jantung.
Terdapat banyak jenis ubat tetapi badan menghasilkan lebih banyak kolesterol pada waktu malam, oleh itu ubat harus diambil pada sebelah malam.
Kesan sampingan yang biasa - sakit otot dan sendi, gangguan perut, sakit kepala.
Diet dan senaman membantu dalam merendahkan kolesterol - berjalan, berenang, jogging, berbasikal, menanam dan membuat kerja rumah. Kurang pengambilan makanan berlemak tepu, makan lebih banyak makanan berserat.
GOUT
Sejenis radang sendi.
Apa penyebab?
Masalah genetik, pengambilan berlebihan makanan yang tinggi kandungan purin, penyakit ginjal, dehidrasi dan penggunaan ubat-ubatan. Semua ini akan meninggikan kandungan asid urik dalam badan dan menurun penyingkiran asid urik dalam ginjal.
Peningkatan paras asid urik dalam badan dan asid ini akan mengkristalisasi dan termendap pada sendi lalu sendi menjadi sakit, merah dan bengkak.
Elak makan makanan purin tinggi:
- ikan bilis
- organ
- kerang, kepah
- ikan sardin
- angsa
Makan secara sederhana:
- kekacang
- daging
- cendawan, bayam, kobis bunga
- ikan, belut, telur ikan
- ketam, udang
- bijirin
Lebihkan pengambilan air 2-3 liter setiap hari, kurangkan berat badan dan lakukan senaman.
Kebanyakan ubat-ubatan hanya untuk jangka masa pendek kerana terdapat gangguan perut, ulser dan otot, muntah, cirit-birit, ruam dan gatal.
Panduan yang boleh diamalkan semasa serangan:
- rehat dan tinggikan bahagian sendi yang sakit
- minum 4-5 gelas air
- ambil ubat yang disyorkan oleh doktor
Oleh itu amalan mencegah lebih baik dari mengubati. Dua-dua penyakit ini minta kita menjaga pemakanan dan BERSENAM!
No comments:
Post a Comment