Thursday, November 22, 2012

BLOG BARU!

sila lawat blog baru... SINI

sambung di blog baru

 NANTI SAYA BERIKAN URL BLOG BARU ... BYE!

Wednesday, November 21, 2012

periuk ajaib - keli panggang

MASALAH - NANTI SAYA BUKA BLOG BARU!


Whoops! You're out of space. You are currently using 100% of your 1 GB quota for photos. Upgrade storage
Photos are stored in your Picasa Web Albums account and are included in your 1 GB free quota for photos. Additional storage you purchase is shared between several Google products and is in addition to your free quota. Learn more


... hasilnya seperti ikan yang digoreng.

MASALAH UPLOAD

Resipi:
10 ekor ikan keli
garam
- lumur ikan keli dengan garam
- masak dalam periuk ajaib
- minyak akan terhasil dan ikan menjadi ranggup
- sangat sedap
* Tambah sambal supaya menjadi keli bersambal atau makan dengan sambal tumis

periuk ajaib - ikan belah belakang

...ikan kembung sumbat sambal.

MASALAH UPLOAD


Resipi:
5 ekor ikan kembung
5 sudu makan sambal tumis
- lumur ikan dengan garam
- sumbat sambal
- masak dalam periuk ajaib selama 5 minit
- terbalikkan dan masak 3 minit lagi
- ikan 'juicy' dan tak kering

kenal ikan

...perkenal kepada Aah, jenis-jenis ikan ... susah juga kan!


orang ASAL

Mama sempat rakan seorang yang oarang Asal yang membuat persembahan di Auditorium. Sekadar berkenan pada asesori yang dipakai.



rehat

Dua tiga hari tak hantar posting, rasa gatai tangan he he he. Kalau beritahu sakit tak manis sebab sihat yang Allah beri lebih lama sedangkan sakit sekejap cuma. Alhamdulillah nikmatnya sihat bila terasa sakit ...

Entri ini ialah bahan sepanjang berehat sejak Ahad lalu (baru nak kemas kini).

Saturday, November 17, 2012

cucur Milo

ehsan daripada Na


jangan pandang pada rupa he he he


Resipi:
1/4 paket tepung gandum (pek 1 kg)
Milo (agak sendiri he he he)
1 sudu makan gula
1/4 tin susu pekat (pek 505 ml)
air suam
- campur dan agak seperti buat jemput-jemput
- rasa jika perlu tambahan bahan atau perasa
- goreng - jangan gelap sangat, ni agak gelap!
* Tekstur agak keras tetapi ranggup, perlu tambah tepung atau kurangkan susu. Susu agak banyak penyebab keras tetapi rasa memang tak mengecewakan.

***Anekdot
Resipi ini Na peroleh ketika mengajar di sebuah tadika di Ampang sekitar10 tahun lalu. Sedap dan sangat sesuai untuk kanak-kanak. Dulu semua anak mama suka, pembantu kami Idah buatkan.

Naili & Nikman

di Kompleks Belia dan Sukan Seksyen 7, Shah Alam








kali terakhir jumpa Ilah 20 tahun lalu


lama tak jumpa


 seronok jumpa saudara mara



 sengeh lebih sikit




telur masin, telur dan mufin


sebelum tu Farhah ke rumah jiran Mama Tipah

  
tupperware, epal, coklat, air Yasin, beg dan RM20.00





Friday, November 16, 2012

layan perut

... makan je, nak kurus di hati bukan di mulut he he he





piza mudah

...@ sempoi. Teringin juga nak makan petang ni, memandangkan daging telah dimasak, dikeringkan airnya dan telah dimasukkan cili kisar. Apa lagi mudah untuk buat piza ni...

sapu sos, tabur daging


sayuran



cili kering kasar & oregano


keju


ni yang tak suka sayur


ni suka sikit sayur


Resipi:
base:
roti arab
topping:
daging - dikeringkan + cili kisar
sos - tomato & cili
bawang
tomato
mix vege
cili kering kasar (flake)
oregano
keju
- sapu sos atas roti
- letak daging
- letak apa-apa yang disukai
- tabur keju
- bakar 180 celcius 10 minit atau sehingga keju cair

cucur ikan bunga air

...terpandang ikan ni di pasar raya Hero, terus teringin (teringin semuanya petang ni!). Orang KL panggil ikan bilis. Mama beli 20 ekor RM1.60 sebab anak-anak tak akan makan makanan alien ni he he he


gorengan pertama pucat


make-up dengan kunyit sikit


kan cantik!


cicah dengan sos cili


atau dengan nasi



Resipi:
20 ekor ikan bunga air
1 cawan tepung gandum
sayur - mama ada mix vege dan daun sup
garam, gula ,air, kunyit
- gaul
- ketika goreng kembarkan 2-3 ekor
*makan bersama-sama sos cili atau dengan nasi

pajeri terung

Teringin nak makan, balik kerja terus buat sebab terung memang dah beli sebab cadang nak buat muossaka tetapi tetamu tak jadi datang. Kebetulan ada banyak terung, esok-esok boleh buat juga muossaka. Malam ni buat pajeri ni dulu untuk lepas gian...


Resipi:
2 terung - potong 4 tak putus
3 sudu makan rempah daging
1 sudu udang kering - kisar
1 bawang besar - kisar
1/2 kelapa - santan @ santan kotak 100 ml
2 sudu kerisik
halia - mayang
kulit kayu manis
garam, gula kabung
- tumis bahan kisar
- masuk rempah dan cili kisar
- biar sampai pecah minyak
- masuk santan dan terung
- masuk yang berbaki
- masak sampai pekat
- rasa masin dan manisnya

Wednesday, November 14, 2012

lempeng wholemeal lagi

...bila dah mula minat lempeng, mama buat menu ulangan. Mudah lagi buat lempeng daripada muossaka, enchildas, quiche, yang penting ada kari esok @ lusa he he he maksudnya kari semalam @ kelmarin dulu




Resipi:
3 cawan tepung wholemeal
2 cawan tepung gandum
2 telur
1/2 sudu teh garam
5 cawan air
- campur dan lempengkan...
- dapat 18 keping
* kali ini lebih lembut dan nipis

Monday, November 12, 2012

Laman Pengantin, Tmn. Melawati

Sekitar Hulu Kelang terdapat beberapa tempat untuk mengadakan majlis kenduri seperti Wsima LJT, Kampung Pengantin dan Laman Pengantin (ikut budget). Semalam mama berkesempatan menghadiri kenduri perkahwinan anak Puan Ida di sini. Hujan agak lebat tetapi tetamu tetap hadir dan suasana amat meriah.

Menarik juga tempatnya... jom layan



pokok buluh berlampu


khemah besar


ruang dalam khemah



4 buah khemah biasa






sebuah khemah di bahagian atas
tiada dalam gambar