Saturday, March 17, 2012

Kak Sal terkejut...

Semalam Kak Salmiah telefon dan memberitahu bertapa terkejutnya beliau dengan kiriman kuah miang kham di dalam botol air mineral pada hari Khamis lalu.
Ketika hendak ke Restoran Anis di Pantai Dalam, saya terfikir untuk singgah di DBP bagi menghantar kuah tersebut kepada Kak Sal yang menghadiri muzakarah. Sejak dari rumah saya telah menelefon Kak Sal lebih lapan kali tetapi tidak berjawab. Mungkin telefon bimbit Kak Sal dalam mod senyap lalu saya menghantar sms.
Di rumah saya mencari kertas untuk menulis nota untuk Kak Sal mengenai kuah ini tetapi saya terambil kertas terpakai yang belakangnya kosong tetapi bahagian bertulisnya ialah risalah dari wat (wat siam agaknya - boleh dapat bantuan kewangan seperti ramalan nombor ekor). Tanpa melihat bahawa kertas berkenaan ialah edaran dari dalam peti surat yang dibawa masuk ke dalam rumah lalu diletakkan di dalam kotak sampah yang biasanya saya akan jual kertas/risalah berkenaan.
Nak dijadikan cerita saya pula hanya menulis nama Salmiah Ismail, DBP Wilayah Selatan tanpa menulis nama saya. Pengawal Keselamatan Pn Hamidah dan Pn Mariam pada mulanya enggan menerima botol tersebut sebab tidak mengenali Farhah, terpaksalah saya yang menghantar botol berkenaan. Kata mereka pada Kak Sal, mereka tidak akan mengambil barang daripada orang yang tidak dikenali kerana kuatir barang-barang bahaya seperti bom! Saya tak pasti antara keduanya siapa yang terserempak dengan Kak Sal lalu memberitahu ada orang tinggalkan air untuk Kak Sal tanpa memberitahu nama saya (mungkin tak kenal).
Apabila Kak Sal ke kaunter keselamatan, bertapa terkejutnya Kak Sal apabila ternampak tulisan/nota dari wat dan nama Kak Sal tertera pada kertas tersebut, lalu Kak Sal meninggalkan botol tersebut dalam keadaan panik yang amat sangat. Nasib baik tidak dicampaknya kuah miang kham di dalam tong sampah. Katanya, saya patut melihat mukanya ketika itu - PUCAT sebab air datang dari wat. He he he.
Ketika di meja makan baharu Kak Sal terbaca sms saya dan baru menyedari air itu dari saya. Dek kerana terlalu terkejut Kak Sal tidak melihatpun air tersebut, hanya melihat nota sahaja. Kalau Kak Sal perhati betul-betul saya rasa makin terkejut Kak Sal sebab air itu berwarna HITAM!


MAAF KAK SAL

3 comments:

  1. Boleh agak mcm mana pucatnya muka Kak Sal ketika terima botol tu!! Dengan warna hitam, entah-entah minyak senyonyong, tapi botolnya terlebih biasa daripada yang biasa kut??

    ReplyDelete
  2. botol air keluaran Koperasi yang telah dibuang label tanpa dibalut/bungkus. Plastik putih kecil, cuma betapa paniknya kak Sal sampai tak dipedulikan dan tak tahupun rupa botol. Tengok nota je dah panik he he he

    ReplyDelete