Thursday, March 15, 2012

Restoran Anis

Pertama kali perkenal kepada anak-anak dan tak sempat mengambil gambar lauk-pauk. Kami sampai agak lewat tetapi makanan banyak lagi, cuma lauk bakar tidak banyak pilihan. Biasa ada ikan bakar: terubuk, keli, kembung, pari & cencaru. Semalam yang tinggal ayam percik putih dan merah serta keli percik.
Semua suka makan di sini (ada port baru nampaknya) dan kemungkinan tiap kali cuti persekolahan, tempat ini menjadi tempat yang wajib dikunjungi.


cendol dan ABC


nasib baik pesan tiga sahaja


...sampai licin pinggan


besarnya...


 aneka bubur


 ketupat sotong - belum 'pandai' makan


beli juga walaupun sedikit
bubur kacang, butir nangka & kuih bom (utara - onde-onde)


dan diberi percuma akok

4 comments:

  1. Semua org dok cerita dan sudah pergi ke Anis, i aje yg belum! Ketupat sotong?? Sedap tu, lama tak makan!

    ReplyDelete
  2. aik kak..jauh tu kalau nak pergi dr umah kak...apa pun layans kak..hehe

    ReplyDelete
  3. Ummu Madihah - Jauh tak tempat puan ke Angkasapuri? Saya ikut NKVE. Bab ketupat sotong dulu2 pernah makan tetapi berwarna putih, nampak saja dah tahu manis dan berlemak. Yg ini belum berani cuba: kelihatan seperti berempah dan kuah nya pekat. Semalam kami terlalu kenyang.
    Sue - jauh puan layan juga. Cuma bila lambat tak dapat ikan bakar: terubuk, keli, kembung, cencaru, pari. Yg tinggal ayam percik putih dan merah serta keli percik - itu pun anak2 kata sedap. Kami pergi ketika perut betul2 kosong

    ReplyDelete
  4. Kalau nak makan x kisah kalau jauh sikit. Dia buka jam brp hingga brp? Hari minggu buka x? Yg pasti Jumaat tutup. Lokasinya x pasti kat mana??

    ReplyDelete