Monday, March 19, 2012

peknga

makna tempek kat belanga


 sambal terung


 Farhah masak kari ayam & mama masak sambal sardin lagi...


dah lama tak makan

 ***Anekdot
Mama tak pernah ajar anak-anak mama makan peknga. Tadi bila mama tanya siapa nak makan nasi sebab mama nak masak peknga, semua nak makan peknga. Sedap tak?
Inilah makanan mama bila ada lebihan kuah gulai (kari). Tetapi biasanya tok akan buat roti canai sebab tok wan suka roti canai; mama dan mak lang malam-malam ikut giliran kena uli tepung. Masa tu belum mampu beli Kenwood.
Peknga juga dikenali sebagai roti nyok. Sekarang roti nyok ini dijual di restoran sebelah utara Semenanjung dengan pelbagai lauk-pauk - dah jadi makanan komersial.

No comments:

Post a Comment