Saturday, March 17, 2012

permintaan Ustaz Zuhir

Dari Festival City di Danau Kota kami ke Restoran Wahab di  Sri Rampai Square. Sekembali kami pukul 11.15 malam rakan twins,  Musab telefon memaklumkan bahawa Azfar baru khatam 30 juz al-Quran secara hafazan. Kemudian selang lima minit Ustaz Zuhir pula menelefon twins untuk memaklumkan perkara yang sama. Musab dan Ustaz meminta twins hadir di Majlis Pengijazahan Sanat Serban esok pukul 8.00 pagi di Dar Quran Wal Hadis
Pukul 2.00 pagi Ustaz Zuhir menghantar sms menjemput keluarga pelajar menghadiri majlis tersebut. Kemudian ustaz minta saya bawa sesuatu yang manis-manis, saya jawab saya akan bawa kek dan akan  membuatnya dan ustaz sempat minta saya tidur dahulu he he he.
Ketika itu saya belum tidur lagi (tak boleh tidur pula malam semalam). Saya terus bangun lalu keluarkan mentega, gula, tepung dan telur dari peti sejuk. Saya sungguh rasa seronok untuk Azfar walaupun bukan anak sendiri tetapi rakan kepada twins, terasa seronok seperti kejayaan anak sendiri. Pukul 5.30 pagi saya masih belum tidur lalu bangun dan membuat dua biji kek. Sebiji sempat masuk dalam oven setelah selesai azan Subuh.
Saya tak tahu dari mana datang kuderat untuk membuat dua biji kek dengan tidak cukup tidur. Mungkin perasan seronok mengatasi segalanya.
Twins ke sekolah (DQ) berjalan kaki pukul 7.00 pagi dan saya masih menunggu kek ke-2 masak kemudian baru terperasan saya kehabisan kelapa kering. Setelah kek masak cepat-cepat saya masukkan ke dalam bekas bertutup. Saya ke Giant pukul 8.20 pagi dan terpaksa menunggu lima minit baru dibenarkan masuk. He he he... menjadi orang pertama yang membeli hari ini.
Saya tiba di sekolah twins (DQ) pukul 8.35 pagi dan Azfar baru memulakan majlis dengan bacaan al-Quran.



hanya 5 minit sahaja bertukar gelap


kek bogel



sapu jem dan tabur kelapa di DQ


bila diterbalikkan terlindung kegelapan permukaan kek


warnanya menarik cuma tidak 'makan' gambar



2 comments:

  1. Kek tak makan gambar takpe, tapi makan kek sedap!!

    ReplyDelete
  2. yep.. he he he. Tak pergi Anis? Esok pun buka

    ReplyDelete