Sunday, February 5, 2012

semangat baking

Balik dari kenduri anak Ramlah terus ke pasar raya Hero kerana membeli keperluan untuk memasak makaroni esok (permintaan geng tuisyen). Sebelum itu tanya dahulu Farhah, rajin tak kalau mama nak baking sebab mama needs asistant he he he. Nampak epal hijau dan epal merah terus teringat nak buat pai epal goreng macam McD.


Sampai di rumah keluarkan semua barang baking, tak kira apa semua saya keluarkan sebab tak tahu nak buat apa - tepung gandum, tepung kek, tepung oatmeal, telur, jem, mentega, gula, kulit limau, lemon dan sour cream. Biar semua barang dalam suhu bilik kemudian mula selak resipi.


Rasa nak buat kek, tart, bars, pai dan scone. Kita tunggu apa yang jadi!


No comments:

Post a Comment