Wednesday, January 4, 2012

tuisyen baru

Hari ini semua geng tuisyen Uni Impian sibuk dan berdebar-debar kerana tuisyen kami baru beroperasi di tempat baharu. Pusat tuisyen lama di Taman Greenwood telah dimaklumkan akan dijual 400K (nak beli pun tak mampu). Pada mulanya Kak Tipah membuat keputusan untuk menutup terus tuisyen berkenaan. Saya pula mencadangkan supaya beroperasi sehingga benar-benar dijual (bertukar tangan) tetapi menurut Kak nanti ibu bapa akan merunggut kerana anak mereka belajar separuh jalan.
Apabila dibuat pengumuman tuisyen akan ditutup (kecuali di Taman Melati), ramai ibu bapa yang minta supaya kami bertahan dahulu buat seketika. Memandangkan Kak nekad untuk menutupnya maka seorang ibu telah mencarikan premis baru agar kami terus beroperasi di sana.
Percutian twins dan juga tiga orang anak lagi dimanfaatkan untuk membersih, mengemas, mengukur karpet dan tikar getah semua ruang. Norli dan suami serta anak beranak pula membantu mengecat ruang dalam dan luar premis. Selain itu, pusat tuisyen lama juga perlu dikosongkan dan juga dibersihkan.
Seminggu lebih Luqman, suami Norli menguruskan kelengkapan, peralatan kelas dan Nazreena pula menguruskan pendaftaran pelajar baru. Malam ini dijangkakan ramai yang akan mendaftar anak-anak mereka. Farhah mengajar kelas Nazreena malam ini buat sementara waktu.
Alhamdulillah, premis baru di belakang Restoran Taqwa lama mempunyai lima kelas, beralamat:
Taman Greenwood Indah,
(nanti saya beri alamat penuh)

No comments:

Post a Comment