***Peringatan Kemudian selepas empat perkara; 1. Melaksanakan fardu Allah. 2. Menjauhi larangan Allah. 3. Sabar terhadap sesuatu ketetapan Allah. 4. Warak menghadapi sesuatu.
Niat di hati dari semalam lagi ingin memasak resipi nasi ala-ala Timur Tengah. Sabtu Nasi Arab, Ahad Nasi Kabsah dan Isnin Nasi Mandhi. Insya Allah.
Tetapi tengah malam semalam, tangan sakit dan rasa kebas juga lalu pagi-pagi lagi saya ke rumah kak untuk menggunakan mesin urut. Jadi saya akan masak Nasi Arab malam ini untuk geng tuisyen. Insya Allah.
***Peringatan Empat jaminan Allah di akhirat: 1. Keampunan yang besar. 2. Hampir kepada Allah. 3. Masuk syurga. 4. Berada dalam darjat yang tinggi.
Penulis asal Rusdin S. Rauf terbitan Penerbit Hikmah (PT Mizan) Publika, Indonesia. Diterjemah secara sah daripada buku asal Quranic Law of Attraction oleh PTS Millennia terjemahan oleh Hasnah Ishak (cetakan kelima 2010).
Saya kirim kepada girls berserta buku Smart Heart tetapi mereka lupa
***Peringatan Kalau kamu mahu benar dalam percakapan, lazimilah membaca surah al-Qadar.
... dari petang kelmarin rosak betul-betul setelah sampai di depan rumah. Malam semalam kereta berbunyi dan pukul 11.00 malam Luqman tukar bateri. Tetapi sempat Luqman gerakan sekitar 10 minit kemudian dia dapati ada sesuatu yang tidak kena terus hentikan dan park semula di depan rumah. Nasib baik, kemudian langsung tidak berfungsi. Pagi ini dia perlu bawa mekanik Proton dari kedai Norizan Taman Melati.
***Peringatan Kalau kamu mahu lepas daripada kesusahan dan mencari jalan keluar daripada kesempitan dan dikurniakan rezeki tanpa disangka-sangka, lazimilah beristighfar.
Rabu semalam Adilah beli roti ini di pasar malam sebelah Sekolah Setia Budi dengan harga RM3.00. Dagingnya sedikit sahaja. Katanya sedap tetapi tidak mengenyangkan.
timun, karot, salad, tomato, bawang (semua sudah ada) kalau perlu dibeli kurang daripada RM3.00
berlebih inti - boleh 10 biji roti lagi
***Peringatan "Sesungguhnya Allah menjaminkan untuk kita dunia dan meminta akhirat daripada kita. Alangkah baiknya Dia menjaminkan kita akhirat dan minta dunia daripada kita." Syeikh Zarruq.
Dia ternampak sebelum Maghrib tetapi tidak sempat makan sebab perlu ke tuisyen
selepas tuisyen dia balik tuntut hak dia...
***Peringatan Syeikh Zarruq - bahawa tanda ijtihad merangkumi tiga perkara 1. Dukacita terhadap perkara yang hilang dan luput. 2. Hilang takwa untuk mendapatkan sesuatu. 3. Lalai daripada hak dan tanggungjawab.
Resipi: 1 pek daging cincang (450 gm) 1 bawang besar 3 sudu cili kisar 3 sudu sos lada hitam timun, karot, tomato - dadu Tumis minyak sedikit sebab daging akan mengeluarkan minyak. Masuk cili kisar, daging - sampai masak. Akhir masuk karot, agak empuk tomato dan bawang. Hendak hidang masuk sos lada hitam dan timun. Hiasan: salad, mayonis, sos cili ***Peringatan
"Jangan putus asa sekiranya Allah melewatkan penerimaan doa walaupun kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa kerana Allah telah menjamin akan menerima semua doa menurut yang Dia kehendaki untukmu, bukan menurut kehendakmu dan pada waktu yang ditentukan-Nya, bukan pada waktu yang engkau tentukan." Ibnu Atailah
Janganlah berputus asa disebabkan hajat yang dipohon lambat diterima atau lambat dimakbulkan, sedangkan kamu bersungguh-sungguh berdoa, kerana Allah telah memberi jaminan-Nya;
Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku akan perkenannkannya." Surah Ghafir : 60