Saturday, July 21, 2012

Ramadan Ya Karim 1433

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK

... telekung "rose"  untuk sambut Ramadan



***Anekdot
Seperti tahun lalu, saya tidak akan mengemas kini blog kerana ingin "berehat" sebulan dalam bulan Ramadan ini. Maaf segala kesalahan jika ada, dan saya juga memaaafkan semua kaum keluarga dan sahabat handai, mungkin ada yang berkecil hati kerana saya mengaku tentang kekerdilan dan kejahilan sebagai insan. Semoga Allah SWT memberikan kita semua keberkatan dan keramatan-Nya. Sama-samalah kita merebut kemuliaan dengan kedatangan RAMADAN 1433. AMIN.

kesian perut

... semalam punya hal, kalaulah hari ini belum puasa, mesti ada jamuan lagi!

MAAF YE PERUT

Friday, July 20, 2012

rezeki Jumaat lagi ni

di Bhg. Perkamusan juga lagi ni... bersambung-sambung (staf mengutip pahala) he he he

nasi kerabu Sikin










...dan di Bhg. Pembangunan Sumber Manusia juga berjamu

miang kham


apam poka dot Suhana


puding kastad buah


sambal tempe, sayur tempoyak, sambal belacan


sayur campur, daging kicap dan ulaman




banana split


pisang berbelah he he he, betoi ke?


t
tebalnya telur dadar... murah rezeki


sudut minuman


kari Wahab

rezeki pagi Jumaat

... sebelum Ramadan... apalagi makanlah

bubur nasi Fazira


dan asesorinya...


lobak masin Fazira


sambal sotong kering Fazira


telur dadar Hairani & Fadilah


apam Fadilah


telur masin Mawar


mangkuk orang tak malu he he he


talam tokyo Suhana



Seminggu ini saya makan free!

twins mengadap Agong

...di Istana Negara Selasa lepas; rezeki mereka nampaknya. Menurut twins pada hari tersebut bertembung dengan satu lagi majlis yang telah dirancang di UTM. Ustaz telah membahagikan mereka kepada dua kumpulan; sepuluh ke Istana Negara dan 12 ke UTM untuk mempersembahkan qasidah Nabawiah. Twins telah terpilih untuk ke Istana Negara, hanya dua buah sekolah tahfiz yang diundang.

 kotak kayu berwarna hijau


barangannya...


minyak atar


kurma bersalut coklat


tasbih


surah Yasin


dan beg kertas he he he

red velvet fried chicken - Adilah

... sedap agaknya makan sebelum ini - hasil usaha Adilah petang semalam






Resipi (main campak je)
6 ketul ayam
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk koko
1 telur
1/4 cawan susu cair + 1 sudu teh cuka (buttermilk)
1/2 cawan air
1/4 cawan (kurangkan lagi) minyak masak
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
** 1 sudu teh soda bikabonat + 1 sudu teh cuka
- campur semua kecuali **
- apabila adunan sebati, masuk **
- goreng dengan api perlahan

rezeki lagi

...semalam di Bhg. Perkamusan - laksam






***Anekdot
Tengah hari rezeki nasi goreng cina kerana mesyuarat Kelas Agama Wanita, tetapi saya tidak dapat hadir, makan tetap makan he he he.