Semalan saya ke Lembaga Tabung Haji. Terlanjur di situ saya terus mendaftar haji, seperti tidak percaya... 2039 bermakna umur saya 89 tahun.
Di samping itu wang RM1300 dibekukan... hairan! Apa rasionalnya?
Kerana saya pernah mengerjakan ibadat haji pada 1988, untuk kali kedua saya tidak akan mendapat kemudahan subsidi. Harga semasa RM9,990.00... tetapi saya perlu membayar lebih RM14,000.
***Peringatan
"Maka disebabkan rahmat daripada Allah, kamu berkelakuan lemah lembut kepada mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, nescaya mereka akan pergi daripada sisimu. Maka, maafkanlah mereka, mohon keampunan untuk mereka dan bermesyuaratlah dalam urusan mereka." Surah Ali Imran : 159.
No comments:
Post a Comment