Monday, January 10, 2011

Isnin

.... masuk minggu ke-2 di tahun baru, Puan Hashimah memulakan tugas sebagai Ketua Bhg. DSB.
Bagi memenuhi permintaan rakan-rakan yang tidak sempat ke kuliah Zuhur:

***Peringatan
Terdapat 6 lokasi ahli syurga mengucapkan kesyukuran mereka iaitu:

1. Ketika di Padang Mahsyar - Ayat Al-Mukminun: 28 "Berpisahlah kamu dengan ahli berdosa, jawab (ahli syurga) - "Segala puji-pujian yang telah Engkau selamatkan kami daripada orang-orang zalim."

2. Ketika melintasi Titian Sirat - Ayat Faathir: 34 "Puji-pujian bagi Allah yang telah menghilangkan kebimbangan/kegusaran daripada kami. Sesungguhnya Tuhan kami Pengampun lagi Berterima Kasih".

3. Ketika minum di Telaga Khausar selepas melalui Titian Sirat - Ayat Al-'Araaf: 43 "Segala puji-pujian bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada ini. Tiada kami mendapat petunjuk, kalau tiada kami ditunjuki Allah. Demi sesungguhnya telah datang rasul-rasul membawa kebenaran. Lalu Allah menjawab - Syurga ini kamu terima disebabkan apa yang telah kamu amalkan".

4. Ketika masuk ke dalam syurga - Ayat Az-Zumar: 74 "Segala piji-pujian bagi Allah yang menepati/membenarkan segala janjiNya dan telah mewariskan bumi kepada kami, kami tetap tinggal dalam syurga, menurut kehendak kami/puncak segala kemewahan, maka inilah sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal".

5. Ketika kita disahkan tinggal selama-lamanya di dalam syurga - Ayat Faathir: 35 "Segala puji-pijian yang telah menempatkan kami tempat tinggal yang kekal abadi; kami di sana tiada disentuh kepayahan dan tidak pula disentuh kesusahan".

6. Ketika selesai makan hidangan dalam syurga - Al-Fatihah: 2 "Segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan yang memiliki sekian alam".

DIALOG ALLAH DENGAN AHLI SYURGA:
Setelah ahli syurga memasuki syurga Allah meminta malaikat menghidangkan makanan lalu malaikat menghidangkan pelbagai jenis makanan yang setiap satu berlainan rasa dan semakin dimakan kelazatannya makin berlainan lalu ahli syurga mengucapkan pujian kepada Allah.

Lalu Allah perintahkan malaikat membawa minuman: "HambaKu telah memujiKu dan berikan mereka minuman". Lalu malaikat menghidangkan pelbagai minuman yang juga berlainan kelazatan setiap satunya.

Setelah kenyang, ahli syurga kemudiannya memohon keredaan daripada Allah dengan mengucapkan " Ya Allah kami minta keredhaanMu" - kerana takut Allah murka kepada mereka.

Jawab Allah "Dengar hambaKu - Aku redha kepada kamu tapi Aku akan tambah keistimewaan kepada kamu. Aku muliakan kemuliaan Aku kepada kamu" - lalu Allah buka hijab, semua ahli syurga dapat melihat wajah Allah dan terus sujud dengan begitu lama sekali.

Lalu Allah memerintah ahli syurga dengan berkata "Angkatlah wajah kamu wahai orang-orang yang sujud, ini bukan tempat untuk kamu sujud tetapi tempat ini untuk kamu menikmati segalanya".

No comments:

Post a Comment