Monday, January 31, 2011

vacuum cleaner



vacuum cleaner Rainbow model baru dibeli RM8000 oleh Aliaa, nanti saya upload yang kami beli 16 tahun lepas RM4000. Menyedut menggunakan teknik air, sangat berguna bagi orang yang alah kepada habuk. Sekarang ada fungsi ketuk dan sedut.

... masih bercuti & Luqman mula bekerja di kilang bapa Muis

***Peringatan
Hukama membuat perumpamaan "Kaki tidak akan memijak air yang sama pada air sungai yang mengalir." Begitulah usia yang berlalu, tidak akan dapat dikejar semula walau dengan alat secanggih mana sekalipun. Membazir masa ertinya membazir usia.

Sunday, January 30, 2011

jalan-jalan dulu sebelum balik KL




Seperti yang dijanjikan... sekolah rendah lama dan baru. Bangunan lama tidak lagi digunakan. Kenangan mengusik jiwa. Sempat bertandang ketika perjalanan balik ke KL.


Mula-mula... kut rajin nak jalan-jalan ke Pendang tetapi tukar fikiran terus balik KL - hujan lebat sepanjang perjalanan dan diberitakan 4 buah negeri mengalami banjir teruk. Kami sempat singgah di sekolah rendah saya dahulu di Permatang Pasir (nanti saya akan upload gambar).



kek sumbangan rakan-rakan pengantin - sedap

***Peringatan
Sejenak dengan lirik lagu (walaupun lagu tapi meninggalkan bekas)
andai kutahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

andai kutahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Saturday, January 29, 2011

kenduri



Tak pernah dapat bergambar kami adik-beradik. Masa kenduri sempat berkumpul adik-beradik.
majlis kenduri Wafa dan Meor.

Selamat Pengantin Baru

***Peringatan
Mukmin yang bijak ialah mereka yang paling banyak mengingati mati dan yang terbaik ialah yang melakukan persediaan untuk selepas itu. Riwayat Baihaqi no. 10550

Friday, January 28, 2011

birthday Luqman & balik kampung

selamat hari lahir Luqman. Semoga beroleh keberkatan dan ketakwaan daripada Allah.

perjalanan balik ke Bertam singgah di Bandar Baharu. Mengajak abang Azhar sekali ke Bertam dan sempat singgah di kubur ayahanda di Permatang Pasir sebab Nazhan hendak sangat membaca doa untuk arwah datuk yang tak pernah ditatapnya. Perkahwinan saya pun arwah ayahanda sudah tiada. Al-Fatihah.

***Peringatan
Ulama yang terkenal dengan ketakwaan meninggal dalam usia yang sangat muda tetapi meninggalkan jasa yang sangat besar berbanding umur mereka yang singkat:
Imam Nawawi - 45 tahun
Muhammad al-Fateh - 49 tahun
Imam Hasan al-Bana - 48 tahun
Imam Syafi'i - 54 tahun
Umar Abdul Aziz - 45 tahun

"Aku tidak pernah menyesali sesuatu seperti penyesalanku ketika matahari terbenam, yang saat itu umurku berkurang, namun amalku tidak bertambah" Abdullah bin Mas'ud

Thursday, January 27, 2011

MATA

sambung kerja yang 3 hari dah buat - analisis MATA (Malay Teks Analysis) teks novel Kawin-kawin oleh Azizi Hj Abdullah

***Peringatan
Ya Allah, panjangkan usiaku... ditambah kualitinya, yakni ditambah keberkatannya. Usia masih sama, tetapi pengisiannya padat dangan amalan-amalan yang menjana pahala berganda. Sehingga dengan itu seolah-olah umurku telah dipanjangkan. Tiada bezanya umur seseorang, yang membezakannya hanyalah amalan masing-masing.

Wednesday, January 26, 2011

SKT

menyiapkan SKT, mesyuarat Kelas Wanita (batal),
menbaharui kad NSK dan
Luqman menukar lampu dalam kereta, terang-benderang

***Peringatan
- Syed Abdul Kadir al-Idrus - ilmu fardu ain yang wajib dituntut
1. ilmu Tauhid dan dinamakan Usuluddin
2. ilmu Syarak dan dinamakan Fekah
3. ilmu Batin dinamakan Tasawuf

- Belajar satu bab daripada ilmu, nescaya lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat

Tuesday, January 25, 2011

amanat

Majlis Amanah Tahun Baharu 2011 oleh Ketua Pengarah.
Terima kasih Kak Salmiah kerana menjamu staf dengan kek sumbangan dari Hotel Renaissance dan
membawa Nazhan berjumpa Dr Darina, pemeriksaan ulangan. Perlu datang semula pada hari Khamis




***Peringatan
-Sumber kekuatan
1. berkawan dengan orang soleh
2. suasana pekerjaan soleh - masjid, pengajian
3. lakukan pekerjaan soleh - puasa

-Hati akan menjadi keras jika 3 hari meninggalkan pengajian

-Kita melarikan diri jika takut dengan sesuatu tetapi takutkan Allah kita makin dekat kepadaNya

Monday, January 24, 2011

mesyuarat

mesyuarat Bahagian DSB pertama dan pertama kali dipengerusikan ketua baru
dan
pagi - tayar kereta pancit dan terus mengganti keempat-empat tayar baru

***Peringatan
- Orang yang wajib menegah daripada melakukan kemungkaran mestilah orang yang mengetahui apa yang disuruh dan apa yang ditegah. Tidak halal bagi orang awam menyuruh dan menegah dalam perkara yang dia jahil mengenainya

- Malaikat merendahkan sayapnya (memayungi) bagi orang yang berada dalam majlis ilmu

Sunday, January 23, 2011

kerja rumah


seronok tengok kerana keunikannya (ehsan dari seseorang)
dan
tumpuan pada kerja rumah yang terbengkalai sejak semalam

***Peringatan
Allah cipta kamu dalam 3 kegelapan - perut, rahim dan uri. Allah jadikan binatang ternak 8 pasang - unta, lembu, biri-biri dan kambing. Az-Zumar: 5 - 6

Saturday, January 22, 2011

Ustaz Khazim

Pagi ini Ustaz mengulangi pendirian beliau seperti semalam di Masjid Ar-Ridwan bahawa beliau tidak akan mengajar lagi di sekitar Lembah Kelang.
Pagi - kitab Bahrul Mazi Jilid 15 dan kitab Al-Mu'idul Mubin Jilid 1 mukas surat 90 (bab syarat wajib solat).
Malam - kuliah terakhir ustaz mengajar di Lembah Kelang - Kitab Bahrul Mazi Jilid 16 (bab kelebihan menangis kerana takutkan Allah), dan Jilid 9 (bab quruq masalah 9 &10).
Ustaz tinggal 1 persoalan yang tidak terjawab. Adakah anak Siti Bohsia batal air sembahyang dengan Abang Mat Topui? Bila akan terjawab permasalahan ini...

***Peringatan
Orang yang meninggalkan 1 waktu solat akan disiksa 80 tahun dalam api neraka. 1 tahun akhirat bersamaan 1,000 tahun di dunia.

Orang kafir membuat penelitian (mengkaji selapis) tetapi orang Islam bertadabur (mengkaji banyak lapis) sehingga menemui kebesaran Allah.

Friday, January 21, 2011

Jumaat

kadang-kadang kita perlukan semangat, ketekunan dan kerajinan untuk menghasilkan sesuatu. Adakalanya apabila semangat datang mendadak maka terhasillah sesuatu yang menyeronokkan dan em em em... boleh dimakan. Syabas


perlu siapkan bahan...

Ustaz Khazim Kitab Bahrul Mazi Jilid 16 (bab kelebihan menuntut ilmu agama). Menuntut ilmu wajib, tidak menuntut digolongkan berdosa dan jika buat ibadat tanpa ilmu, ibadat tidak diterima.

Surau Al-Mustaqim, diakhir kuliah ustaz memaklumkan tidak akan mengajar lagi di seluruh Lembah Kelang.

Membawa Nazhan jumpa Dr. Darina

***Peringatan
- Dikategorikan 4 golongan

1. orang yang mengajar
2. orang yang belajar
3. orang yang mendengar
4. orang yang menyukai 3 di atas

Jangan masuk golongan orang yang ke-5 - orang yang benci pada orang yang belajar dan yang menghalang orang datang belajar.
- Buat kerja dengan hati baru akan jatuh dalam hati orang dengan sepenuh hati.
-Sesuatu yang membuat anda jadi benar maka ia tidak akan membuat anda jadi salah. Sebaliknya, apa yang membuat anda jadi salah maka ia tidak akan membuat anda jadi benar.

Thursday, January 20, 2011

kerajinan

kagum dengan kerajinan, kesabaran dan ketelitian pembuat kek lapis Sarawak. Banyak resipi yang telah dikutip tetapi hati belum tergerak untuk membuatnya.
Bawa balik Nazhan kerana demam






semua kek dibawa oleh Suhana

***Peringatan
Kesabaran menguji keimanan manusia untuk berjaya memperoleh syurga di kemudian hari

cuti 20 Jan

hari ini cuti sempena Thaipusam.
Teringat "kitchen toy" yang terdapat dalam simpanan sejak 1995. Perolehinya ketika membeli Kenwood chef, masih tersimpan elok dalam kotaknya. Masalahnya, tidak pandai menggunakannya, nasib baik manual masih terdapat di dalamnya.




***Peringatan
Syaitan itu mengalahkan hamba dalam 3 perkara
1. ketika marah
2. ketika syahwatnya naik
3. ketika leka

Wednesday, January 19, 2011

ziarah


Nawal memberi setiap staf kopi dari Indonesia. Yang bernasib baik akan menerima wang Rupia100 - ternyata saya tidak bernasib baik. Wan Norasikin sahaja yang bernasib baik. Tahniah Sikin

Tengah hari sempat menziarahi Mak Siti ibu saudara sepupu Halijah/Atikah dari Qasa, Mekah di Hotel Berjaya, Time Square. Semasa di Mekah 2004, saya berkesempatan bertandang ke rumah mereka ketika Allahyarham Ahmad masih ada dan dijamu laksa lemak. Mak Siti di sini sejak Ahad dan esok akan berpindah hotel di Chow Kit. Mak Siti datang bersama seorang anak lelaki, 2 anak perempuan, menantu dan seorang cucu. Mereka telah berada di Thailand (Bangkok, Hadyai dan Pattani) selama 2 minggu.
***Peringatan
- Rahsia kejayaan hidup ialah persediaan untuk menyambut kesempatan yang datang
- Rahsia kejayaan beroleh syurga ialah kesinambungan berilmu dan beramal yang diwarisi atau diwasiat daripada para ambiya

Tuesday, January 18, 2011

peredaran masa

seronok tengok KENWOOD chef

... rasa sekitar 70an (saya akan pastikan nanti)

... saya peroleh Jun 1995


... pamer di kedai 15 Jan 2011

***Peringatan
Hal agama melibatkan 3 isu:
1. kepercayaan aqidah;
2. tatacara fekah;
3. nilai yang dizahirkan - akhlak dan adab.

Allah benci pada 3 golongan:
1. orang yang buat maksiat tetapi yang paling Allah benci orang tua yang buat maksiat;
2. orang yang bakhil tetapi Allah lebih benci kepada orang kaya yang bakhil;
3. orang yang takabur tetapi Allah paling benci kepada orang miskin yang takabur.

Monday, January 17, 2011

mangkuk

jom layan mangkuk pula





***Peringatan
Punca keresahaan adalah kerana tidak mengingati Allah.

Doa yang kita minta Allah akan...;
1. perkenankan di dunia;
2. tangguhkan/lambatkan di dunia;
3. tangguh hingga ke akhirat.

Sunday, January 16, 2011

teko

masih berkisar pada teko antik nenek







ini bukan teko tapi kendi daripada porsalin/enamel - unik (barang moden)
... dan banyak lagi teko yang tidak diambil gambar sebab tersorok ke bahagian belakang dan tidak boleh dibuka pintu almari kerana banyak barang yang menghalang.

***Peringatan
Kekayaan di akhirat berdasarkan komitmen kita di dunia.

Saturday, January 15, 2011

nenek saudara



Kali terakhir bertandang ke rumah nenek saudara ini pada tahun mula kerja 1982. Sudah 29 tahun tidak ke sana tapi selalu berjumpa apabila bertandang ke majlis kenduri saudara mara. Hati ini tergerak untuk ke rumahnya bersama Ming..
Banyak barang-barang antik dan dengan izin beliau saya ambil gambar ini

... bakul besar tergantung di siling. Tidak bertanya nenek apa fungsinya.

... mesin jahit yang dibeli sebulan selepas nenek berkahwin pada 29 Sept 1936, mesin ini sekitar Okt. 1936. Badan mesin serta lacinya daripada kayu masih cantik.

... mangkuk siya yang dibeli sekitar 1936 di Melaka, besar, berat dan masih dalam keadaan baik. Diimport dari negara China.

... terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz.

... basikal sekitar awal 1950an dibeli di Singapura

***Peringatan
Al-Furqaan : 27 -29 "Ingatlah ketika orang yang zalim menggigit dua tangannya seraya berkata "Aduhai kiranya dulu aku mengambil jalan bersama-sama Rasul". Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku dulu tidak menjadikan sifulan itu teman akrabku. Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Quran ketika al-Quran itu telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menlong manusia.

Maksud:
Antara ketara dan terserlah penyesalan orang yang tersalah dalam memilih kawan. Sebelum penyesalan itu berlaku, binalah segera jaringan kawan-kawan yang soleh yang bukan sahaja menasihati, mendoa, menjadi contoh, bahkan juga menjadi jiran tetangga kita di syurga nanti.

Friday, January 14, 2011

hidayah

... orang kafir dikurnia hidayah sedangkan orang yang lahir Islam dicabut hidayah mereka.

***Peringatan
Derita dunialah harga syurga - syurga itu "mahal"

Thursday, January 13, 2011

undangan Khamis

Saya mendapat 2 undangan - tengah hari dan malam.
Meraikan rakan yang akan menamatkan perkhidmatan dan akan ke Hong Kong dan seorang lagi akan ke Qatar - dan persamaannya ialah kedua-dua mereka mengikut suami kerana bertugas di luar negara.

Terima kasih Wardati kerana meraikan Chin (saya terkena tempiasnya)


Terima kasih Maznah kerana meraikan Gee (dapat tempias lagi) - rezeki saya hari Khamis
- cuma ambil gambar kucing yang gebu


Saling bertukar hadiah - terima kasih Gee kerana "bantal busuk" ini


***Renungan
Manusia akan menjadi lalai, selalai-lalainya:

"Sekali-kali tidak demikian. Sebenarnya apa yang selalu mereka lakukan menutup hati mereka" - Al-Mutaffifin :14

Pandangan daripada firman ini
1. Al-Hasan - dosa demi dosa, sehingga hati menjadi buta
2. As-Syeikh Abu Bakar al-Jazari - dosa yang dilakukan itu menutup hati dan mendindingi seseorang daripada menerima kebenaran
3. Ulamak lain- apabila doa dan maksiat menjadi banyak, ia akan meliputi hati

Wednesday, January 12, 2011

solat

teringat pernah belajar mengenai waktu solat... (akan dimuatkan kemudian)

***Peringatan
Kita minta syurga tetapi tidak kenal syurga kerana syurga tidak nampak dan tidak terbayangkan melalui pandangan mata, tetapi kalau kenal syurga kita akan bersungguh-sungguh beribadat.
Tawaran Rasul kepada umat tentang mahligai di syurga:
1. Mahligai di bawah syurga - orang yang meninggalkan perbuatan berdebat walaupun benar;
2. Mahligai di tengah syurga - orang yang meninggalkan berbohong/menipu walaupun bergurau;
3. Mahligai di atas syurga - orang yang memperelok akhlaknya.

Tuesday, January 11, 2011

mesyuarat

... mesyuarat Kajian Tahap

***Peringatan
Daripada Ibni Zakaria - tanda-tanda gelap hati:
1. tidak berasa berdosa apabila melakukan maksiat
2. tidak berasa kemanisan dalam beribadat
3. terhalang daripada mendapat ilmu (banyak halangan)

- Ilmu sekadar untuk menyuluh diri sendiri, bukan untuk melihat kesalahan orang lain.
- Bagi mengelak daripada disihir ialah dengan mengekalkan wuduk.
- Tanda kasih akan Rasul:
1. selawat
2. ziarah baginda
3. mengamal segala yang sunah.

Monday, January 10, 2011

Isnin

.... masuk minggu ke-2 di tahun baru, Puan Hashimah memulakan tugas sebagai Ketua Bhg. DSB.
Bagi memenuhi permintaan rakan-rakan yang tidak sempat ke kuliah Zuhur:

***Peringatan
Terdapat 6 lokasi ahli syurga mengucapkan kesyukuran mereka iaitu:

1. Ketika di Padang Mahsyar - Ayat Al-Mukminun: 28 "Berpisahlah kamu dengan ahli berdosa, jawab (ahli syurga) - "Segala puji-pujian yang telah Engkau selamatkan kami daripada orang-orang zalim."

2. Ketika melintasi Titian Sirat - Ayat Faathir: 34 "Puji-pujian bagi Allah yang telah menghilangkan kebimbangan/kegusaran daripada kami. Sesungguhnya Tuhan kami Pengampun lagi Berterima Kasih".

3. Ketika minum di Telaga Khausar selepas melalui Titian Sirat - Ayat Al-'Araaf: 43 "Segala puji-pujian bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada ini. Tiada kami mendapat petunjuk, kalau tiada kami ditunjuki Allah. Demi sesungguhnya telah datang rasul-rasul membawa kebenaran. Lalu Allah menjawab - Syurga ini kamu terima disebabkan apa yang telah kamu amalkan".

4. Ketika masuk ke dalam syurga - Ayat Az-Zumar: 74 "Segala piji-pujian bagi Allah yang menepati/membenarkan segala janjiNya dan telah mewariskan bumi kepada kami, kami tetap tinggal dalam syurga, menurut kehendak kami/puncak segala kemewahan, maka inilah sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal".

5. Ketika kita disahkan tinggal selama-lamanya di dalam syurga - Ayat Faathir: 35 "Segala puji-pijian yang telah menempatkan kami tempat tinggal yang kekal abadi; kami di sana tiada disentuh kepayahan dan tidak pula disentuh kesusahan".

6. Ketika selesai makan hidangan dalam syurga - Al-Fatihah: 2 "Segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan yang memiliki sekian alam".

DIALOG ALLAH DENGAN AHLI SYURGA:
Setelah ahli syurga memasuki syurga Allah meminta malaikat menghidangkan makanan lalu malaikat menghidangkan pelbagai jenis makanan yang setiap satu berlainan rasa dan semakin dimakan kelazatannya makin berlainan lalu ahli syurga mengucapkan pujian kepada Allah.

Lalu Allah perintahkan malaikat membawa minuman: "HambaKu telah memujiKu dan berikan mereka minuman". Lalu malaikat menghidangkan pelbagai minuman yang juga berlainan kelazatan setiap satunya.

Setelah kenyang, ahli syurga kemudiannya memohon keredaan daripada Allah dengan mengucapkan " Ya Allah kami minta keredhaanMu" - kerana takut Allah murka kepada mereka.

Jawab Allah "Dengar hambaKu - Aku redha kepada kamu tapi Aku akan tambah keistimewaan kepada kamu. Aku muliakan kemuliaan Aku kepada kamu" - lalu Allah buka hijab, semua ahli syurga dapat melihat wajah Allah dan terus sujud dengan begitu lama sekali.

Lalu Allah memerintah ahli syurga dengan berkata "Angkatlah wajah kamu wahai orang-orang yang sujud, ini bukan tempat untuk kamu sujud tetapi tempat ini untuk kamu menikmati segalanya".

Sunday, January 9, 2011

bertandang

... Sebelah petang bertandang ke rumah sepupu (Ming) menghantar kad walimatul urus Wafa, di Taman Ibu Kota - rumah peninggalan suami yang baru diduduki 6 bulan iaitu selepas kematian suaminya.
Bunga lili yang baru dibeli selain untuk mencantikkan juga untuk mewangikan ruang tamu.

***Peringatan
"Sesiapa yang mengerjakan solat duha, berpuasa tiga hari dalam sebulan dan tidak pernah meninggalkan solat witir sama ada dalam musafir dan bermukim, dicatat baginya pahala orang syahid" riwayat Al-Tabbarani