Wednesday, December 28, 2011

baru gunting

Baju sekolah Adilah. Kain cikgu beri sehari sebelum tamat sesi persekolahan 2011... kalau buka sekolah sebulan lagi, mama pun akan tunggu sebulan juga lagi. Minggu ini ada kenduri 31/12/2011 dan 1/1/2012 - kenduri setahun nampak gayanya.


esok jahit tepi

berbunga balik

 banyak kuntum bunga (tak kira) dengan 28 kudup 


penyeri tong-tong sampah

popia

... beli di Restoran Kasim, Jalan Pauh off Jalan Setapak, bersebelahan masjid baru berwarna oren

20 biji 

Tuesday, December 27, 2011

kuah spageti chicken ball

untuk esok - cara berkuah


cari meat ball tapi tiada dipasaran





Resipi
1 paket chicken ball (Ayammas)
1 pek daging ayam kisar 200 gm (Ramly)
2 tin sup tomato (Kimball)
1 tin air
2 sudu cili kisar
2 bawang besar - dadu
3 bawang putih - dadu
1 senduk minyak zaiton
2 sudu mentega
tyme, pasli kering
parmesan cheese
- Tumis bawang putih dan sedikit bawang besar
- Masuk ayam, masuk air
- Masak hingga ayam lembut
- Masuk sup tomato
- Mendidih masuk bawang dan chicken ball
- Masuk mentega, garam, tyme dan pasli
- Ketika menghidang tabur parmesan cheese 
* Kalau guna meat ball, ganti daging lembu kisar
* Kalau buat sendiri meat ball lagi sedap

***Anekdot
Asalnya nak buat jenis kuah cap-cap, tetapi memandangkan mereka ramai, mungkin tak cukup pula, jadi  buat jenis berkuah. Kalau dengan meat ball lebih sedap, apakan daya malas nak ke pasar raya lain, beli apa yang ada.

Farhah belanja

 adik-adik di Pizza Hut.. hem boleh tahan


berbaki bawa balik untuk mama 

chopstick

 mencari chopstick ini kerana saya tidak pandai menggunakannya
Farhah jumpa di OU - dua set RM12.00


***Anekdot
Saya pernah melihat chopstick jenis ini dalam AFC Food channel 703 dua tahun lepas dan pernah meminta seorang rakan membelikannya di luar negara, tetapi rakan saya juga tidak dapat menggambarkankan jenis chopstick ini. Di Malaysia pun sudah ada, tidak perlu mencari sehingga ke luar negara.

Monday, December 26, 2011