Wednesday, January 12, 2011

solat

teringat pernah belajar mengenai waktu solat... (akan dimuatkan kemudian)

***Peringatan
Kita minta syurga tetapi tidak kenal syurga kerana syurga tidak nampak dan tidak terbayangkan melalui pandangan mata, tetapi kalau kenal syurga kita akan bersungguh-sungguh beribadat.
Tawaran Rasul kepada umat tentang mahligai di syurga:
1. Mahligai di bawah syurga - orang yang meninggalkan perbuatan berdebat walaupun benar;
2. Mahligai di tengah syurga - orang yang meninggalkan berbohong/menipu walaupun bergurau;
3. Mahligai di atas syurga - orang yang memperelok akhlaknya.

Tuesday, January 11, 2011

mesyuarat

... mesyuarat Kajian Tahap

***Peringatan
Daripada Ibni Zakaria - tanda-tanda gelap hati:
1. tidak berasa berdosa apabila melakukan maksiat
2. tidak berasa kemanisan dalam beribadat
3. terhalang daripada mendapat ilmu (banyak halangan)

- Ilmu sekadar untuk menyuluh diri sendiri, bukan untuk melihat kesalahan orang lain.
- Bagi mengelak daripada disihir ialah dengan mengekalkan wuduk.
- Tanda kasih akan Rasul:
1. selawat
2. ziarah baginda
3. mengamal segala yang sunah.

Monday, January 10, 2011

Isnin

.... masuk minggu ke-2 di tahun baru, Puan Hashimah memulakan tugas sebagai Ketua Bhg. DSB.
Bagi memenuhi permintaan rakan-rakan yang tidak sempat ke kuliah Zuhur:

***Peringatan
Terdapat 6 lokasi ahli syurga mengucapkan kesyukuran mereka iaitu:

1. Ketika di Padang Mahsyar - Ayat Al-Mukminun: 28 "Berpisahlah kamu dengan ahli berdosa, jawab (ahli syurga) - "Segala puji-pujian yang telah Engkau selamatkan kami daripada orang-orang zalim."

2. Ketika melintasi Titian Sirat - Ayat Faathir: 34 "Puji-pujian bagi Allah yang telah menghilangkan kebimbangan/kegusaran daripada kami. Sesungguhnya Tuhan kami Pengampun lagi Berterima Kasih".

3. Ketika minum di Telaga Khausar selepas melalui Titian Sirat - Ayat Al-'Araaf: 43 "Segala puji-pujian bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada ini. Tiada kami mendapat petunjuk, kalau tiada kami ditunjuki Allah. Demi sesungguhnya telah datang rasul-rasul membawa kebenaran. Lalu Allah menjawab - Syurga ini kamu terima disebabkan apa yang telah kamu amalkan".

4. Ketika masuk ke dalam syurga - Ayat Az-Zumar: 74 "Segala piji-pujian bagi Allah yang menepati/membenarkan segala janjiNya dan telah mewariskan bumi kepada kami, kami tetap tinggal dalam syurga, menurut kehendak kami/puncak segala kemewahan, maka inilah sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal".

5. Ketika kita disahkan tinggal selama-lamanya di dalam syurga - Ayat Faathir: 35 "Segala puji-pijian yang telah menempatkan kami tempat tinggal yang kekal abadi; kami di sana tiada disentuh kepayahan dan tidak pula disentuh kesusahan".

6. Ketika selesai makan hidangan dalam syurga - Al-Fatihah: 2 "Segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan yang memiliki sekian alam".

DIALOG ALLAH DENGAN AHLI SYURGA:
Setelah ahli syurga memasuki syurga Allah meminta malaikat menghidangkan makanan lalu malaikat menghidangkan pelbagai jenis makanan yang setiap satu berlainan rasa dan semakin dimakan kelazatannya makin berlainan lalu ahli syurga mengucapkan pujian kepada Allah.

Lalu Allah perintahkan malaikat membawa minuman: "HambaKu telah memujiKu dan berikan mereka minuman". Lalu malaikat menghidangkan pelbagai minuman yang juga berlainan kelazatan setiap satunya.

Setelah kenyang, ahli syurga kemudiannya memohon keredaan daripada Allah dengan mengucapkan " Ya Allah kami minta keredhaanMu" - kerana takut Allah murka kepada mereka.

Jawab Allah "Dengar hambaKu - Aku redha kepada kamu tapi Aku akan tambah keistimewaan kepada kamu. Aku muliakan kemuliaan Aku kepada kamu" - lalu Allah buka hijab, semua ahli syurga dapat melihat wajah Allah dan terus sujud dengan begitu lama sekali.

Lalu Allah memerintah ahli syurga dengan berkata "Angkatlah wajah kamu wahai orang-orang yang sujud, ini bukan tempat untuk kamu sujud tetapi tempat ini untuk kamu menikmati segalanya".

Sunday, January 9, 2011

bertandang

... Sebelah petang bertandang ke rumah sepupu (Ming) menghantar kad walimatul urus Wafa, di Taman Ibu Kota - rumah peninggalan suami yang baru diduduki 6 bulan iaitu selepas kematian suaminya.
Bunga lili yang baru dibeli selain untuk mencantikkan juga untuk mewangikan ruang tamu.

***Peringatan
"Sesiapa yang mengerjakan solat duha, berpuasa tiga hari dalam sebulan dan tidak pernah meninggalkan solat witir sama ada dalam musafir dan bermukim, dicatat baginya pahala orang syahid" riwayat Al-Tabbarani

Saturday, January 8, 2011

kad Walimatul Urus

Hari ini perlu menghantar kad Wawa dan Meor. Jadi pada sebelah petang saya ke rumah Mak Su Che Su di Wangsa Budiman dan Norihan di Kemesah Height.
Tahniah Wan Safuan kerana bertunang hari ini.
...lama tidak jumpa sepupu, semalam dapat berjumpa mereka (Ann & Ming) ketika menghantar kad walimatul urus Wafa. Lebih setahun tidak berjumpa. Dan lagi dapat menghubungi lebih ramai sepupu dan anak saudara sepupu melalui Facebook - 22 orang yang lain melalui rangkaian Facebook Ann. Sungguh mudah dengan media komunikasi yang canggih dan lagi kaedah mengundang pun boleh menjadi mudah - scan/imbas, emel atau masuk Facebook. Canggihkan!

***Peringatan
Beribadat semata-mata belum bererti kita telah bertaqwa kerana hakikatnya ibadah hanya proses untuk memperoleh taqwa

Friday, January 7, 2011

Jumaat minggu pertama

sudah masuk hari ke-7 di tahun baru masihi

***Peringatan
Madu lebah tidak memungkinkan kuman untuk hidup di dalamnya

Thursday, January 6, 2011

noda hitam

pembuangan toksik badan melalui kaki dengan teknik tampal dan buang



***Peringatan
jika semudah menampal dan membuang kotoran dalam diri berupaya membuang noda hitam di hati setiap insan, alangkah beruntungnya kita...