Wednesday, June 15, 2011

gerhana bulan

malam ini 16 Jun 2011 bermula pukul 1.22 - 7.01 pagi

Fenomena gerhana bulan separa 16 Jun

KUALA LUMPUR 7 Jun - Rakyat negara ini berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan separa selama kira-kira enam jam bermula pukul 1.25 pagi pada 16 Jun ini.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa), fenomena yang biasanya berlaku ketika fasa bulan penuh itu disebabkan bulan melintasi bayang bumi.

"Fenomena gerhana tersebut pada 16 Jun ini akan bermula dengan fasa penumbra (P1) pada pukul 1.25 pagi.

"Bagaimanapun semasa fasa ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra bumi yang kurang gelap," menurut kenyataan agensi itu di sini hari ini.

Menurut Angkasa lagi, gerhana akan jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) bermula pukul 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum pada 4.13 pagi.

Katanya, bulan akan keluar dari bayang umbra bumi (U4) pada pukul 6.02 pagi.

"Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 7.01 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap," tambahnya.

Sempena fenomena itu, Angkasa dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan aktiviti khas bagi membolehkan orang ramai menyaksikan gerhana bulan separa menerusi beberapa teleskop yang disediakan di pekarangan masjid berkenaan.

"Turut diadakan solat sunat gerhana secara berjemaah di Masjid Negara pada pukul 3 pagi," tambah kenyataan itu.

Untuk keterangan lanjut berhubung program tersebut, orang ramai boleh melayari laman web www.angkasa.gov.my atau menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22734301/4303/5484. (SUMBER: Utusan Malaysia 8 Jun 2011)


Perkara sunat dilakukan ketika gerhana,
1. Solat
2. Zikir
3. Doa padanya
4. Beristighfar
5. Takbir
6. Sedekah

CARA SOLAT GERHANA

- Niat "Sahaja aku sembahyang gerhana bulan (matahari) dua rakaat kerana Allah Taala, Allahu Akbar"
- Doa iftitah
- al-Fatihah
- Surah - al-Baqarah 200 ayat
- Rukuk 1 - baca tasbih sekadar 100 ayat al-Baqarah
- al-Fatihah
- Surah - Ali Imran
- Rukuk 2 - baca tasbih sekadar 80 ayat al-Baqarah
- Iktidal
- Sujud - baca tasbih sekadar 100 ayat al-Baqarah
- Duduk antara dua sujud
- Sujud - baca tasbih sekadar 100 ayat al-Baqarah
- al-Fatihah
- Surah - al-Nisaa
- Rukuk 3 - baca tasbih sekadar 70 ayat al-Baqarah
- al-Fatihah
- Surah - Al-Maidah
- Rukuk 4 - baca sekadar 50 ayat al-Baqarah
- Iktidal
- Sujud - baca tasbih sekadar masa 50 ayat al-Baqarah
- Duduk antara dua sujud
- Sujud - baca tasbih sekadar 50 ayat al-Baqarah
- Tahiyat akhir
- Salam

***SOLAT GERHANA = 4 rukuk, 2 sujud
***(baca 100 kali tasbih atau 80, 70, 50 sudah memadai)

No comments:

Post a Comment