Tuesday, May 11, 2010

selasa


..hari ini ramai yang menempah coklat kak Aijah - saya sempat menolong kak membuat coklat tempahan untuk jualan, sambil itu berkesempatan untuk belajar membuatnya. Sekurang-kurangnya mempromosi barangan halalan toliban. Terima kasih kak atas ilmu yang saya perolehi. Semoga Allah berkati ilmu yang kak ajar kepada saya. Bercakap tentang kak Alijah, beliau pernah memberikan saya resipi nasi ambeng dan ini gambar resipi yang saya hasilkan pada hari raya 2009. Semoga Allah berkati kak!

untuk kelas

Farhah membuat 3 biji kek coklat untuk kelasnya di Akademi Tahfiz Al-Hidayah



... dan kali terakhir Farhah buatkan 2 biji kek untuk sekolah kerana ada tetamu kehormat, guru besar telah menghadiahkan 1 biji kek tersebut kepada tetamu berkenaan berserta dengan acuan kek saya sekali.