Thursday, November 3, 2011

Taif

Semasa mengerjakan haji 2004, kami menduduki kuota UIAM dan berada dalam kumpulan zon Afrika (kalau tidak silap saya). Syeikh yang kami menaungi ini kenalan kepada Pof. Sano. Beliau mempunyai resort di Taif dan beliau telah membenarkan kami melawat Taif.
Taif kawasan tanaman sayur-sayur dan bercuaca sejuk.

menaiki kereta kabel

teruja juga

seronok sebab kereta kabel hanya dibuka untuk rombongan kami

pemandangan sebelum menaiki kereta kabel -
taman tema air tetapi ditutup dalam bulan haji (3 bulan)

Kak Chah dan Kak Tipah

pemandangan jalan darat ke Taif
(kami ini jalan udara agaknya he he he)

jamuan yang disediakan untuk kami - nasi kambing

pemandangan di Taif

pemandangan dari atas kereta kabel

rakan-rakan di dalam kereta kabel

jalan raya kelihatan dari kereta kabel

salah satu dewan di apartmen

monyet - gemok dan besar
terkejut saya di "Mekah" ada monyet

apartmen - udara sangat sejuk

bangunan kereta kabel di Taif

bergambar kenang-kenangan

***Anekdot
Kami melawat resort berbentuk apartmen - terdapat empat bilik yang agak mewah (bagi saya) mungkin bagi mereka sederhana sahaja.
Kami juga dibawa melawat kawasan yang didirikan khemah tetapi khemah berkenaan diperbuat daripada kulit kambing.
Makanan yang disediakan juga sedap, tengah hari - nasi kambing, minum petang di khemah - kopi Arab (sebenarnya teh) dan kuih manis (jenis manisan).
Banyak gambar yang saya ambil tetapi belum jumpa lagi - seperti:
a. Gambar khemah di Taif
b. Gambar makan malam di rumah Syeikh, meja makan saiz untuk 24 untuk wanita dan lelaki berasingan.
c. Gambar pemberian bantal dan selimut oleh Syeikh kepada kami ketika di Mina.
d. Gambar sekitar lawatan di Madinah dan lain-lain (banyak lagi tetapi tak ingat).

No comments:

Post a Comment