Monday, October 31, 2011

petua perisi delima

Petua oleh Puan Nor Hashimah - ketuk dengan belakang sudu

Farhah ketuk dengan sisi sudu - makin mudah

mudah dan tangan tidak melekit

makan guna sudu

***Anekdot
Baki setengah biji semalam, bila saya hendak makan teringat petua yang telah diberikan tadi.

TERIMA KASIH SHIMA

tak jadi bagi

Mula-mula sekadar hendak rasa, kerana kenyang sesudah iftar.

makin keruk, makin keruk...
tinggal setengah dah


Sedap lagi apabila betul-betul sejuk... tak jadi hantar Lembah Keramat (kurang pahala he he he). Masuk dalam peti sejuk semalaman, bagaimana rasa agaknya. Esok saya beritahu...

puding mempelam

Beli mempelam @ mangga Jumaat 21 Okt. (sudah 10 hari lamanya) kerana ada tetamu yang akan datang tetapi kemudiannya berhalangan. Rasa tertipu kerana mempelam ini masih muda dan "dipaksa" masak, 8 biji semuanya. Bila dikupas tiada empulurnya terus potong sampai ke tengah-tengah biji. Melalui resipi di internet saya ubah suai seperti membuat karamel.



Resipi:
3 biji mempelam
2 telur
4 sudu makan gula
2 cawan susu sejat (saya guna Ideal)
garam
* Blend semua
2 sudu makan gula perang
2 sudu makan air
* Letak gula perang dan air dalam bekas dan bakar dalam oven selama 5 minit atau sehingga gula cair.
Masuk bahan blend dan bakar 30-45 minit sehingga masak. Cucuk dengan lidi, lidi menjadi bersih apabila dikeluarkan - ayat biasalah tu he he he

***Anekdot
Girls kata sedap - bagi saya! OK lah.

iftar

cucur udang, ikan kurau goreng, bawal masam manis, salad & sambal belacan

cili masak


Tanpa memberikan sukatan cili kering, sekadar menunjukkan cara memproses cili masak @ sambal. Saya membeli cili kering dalam jumlah ringgit, selalunya RM12 untuk membuat sambal dan RM7.00 untuk cili mentah yang dikisar.
Gunting cili untuk membuang biji, rebus, basuh dan kisar menggunakan air dan sedikit minyak masak. Bawang besar dikisar kemudian ditumis dengan minyak masak yang agak banyak sehingga naik bau kemudian dimasukkan cili kisar. Apabila separuh masak masukkan gula (putih @ perang), garam dan asam keping. Masak sehingga pecah minyak @ naik minyak.

***Anekdot
Tumis dengan minyak yang banyak kerana cili mudah garing.
Simpan di dalam bekas kecil dan masukkan di bahagian freezer. Apabila perlu keluarkan dan biar cair sebelum digunakan. Tidak perlu ditumis lagi sekadar masukkan beberapa sudu cili, tambah air dan tambah bahan-bahan lain, contoh :
-Bihun goreng tambah sos tomato, sos cili dan tiram.
-Ayam masak merah tambah sos tomato, sos cili dan perasa.
-Sambal telur, sotong, bilis tambahkan sahaja.
-Ikan belah belakang sumbat cili dan goreng.

* Boleh ditambah udang kering atau ikan bilis ketika mengisar cili supaya cili lebih sedap, panaskan dan boleh dimakan bersama nasi lemak.

* Sesuai untuk wanita bekerja kerana menjimatkan masa.

* Tiga tahun dahulu ketika mula-mula saya menyimpan cili masak ini dengan nilai RM10.00 saya beroleh 8 bekas, yang mentah 10 bekas. Sekarang dengan nilai yang sama saya beroleh 6 bekas saiz sederhana untuk cili masak dan 7 bekas cili kisar.

Sunday, October 30, 2011

miang kham

untuk Rustam & Farah


belum muak lagi geng SMSK

kenduri Pak Tam









pic gobbler

***Anekdot
Ketika perjumpaan ASSAK, Rustam mengundang ke rumahnya dengan menyebut kenduri pot luck. Saya dan beberapa teman masih beranggapan kenduri hari ini pot luck. Semalam ketika kenduri di Shah Alam telah diberitahu tidak perlu bawa makanan. Memandangkan saya telah merebus kacang hijau dan keledek & goreng kacang tanah, saya teruskan juga membuat bubur asyura.
Aziah membawa pic gobblernya.

pagi-pagi siap ni

basuh daun kaduk dan potong bahan-bahan

lambat nak proses

delima

RM4.00 sebiji

kurang merah & kurang manis

bubur asyura

lambat lagi Muharam
masak tengah malam


buat dari pukul 12.15 sehingga 1.30 pagi
balik kenduri di Shah Alam Sek. 16 - Denai


lupa masukkan jagung - sebab dalam almari


sedap je

Resipi
1 cawan tepung beras
3 1/2 cawan cecair *
(* santan 1 cawan, air gula dan air)
1/2 cawan kacang hijau - rebus
1/2 cawan kacang tanah - goreng
2 cawan keledek - rebus
1/2 cawan jagung - tin
3 biji pisang - potong
daun pandan simpul
- kacau cecair dan tepung beras
- bila sudah masak masuk semua kecuali pisang
- bila sudah bergaul rata masuk pisang
- tuang dalam dulang/bekas
- bila sejuk baru dipotong
- semalam saya buat 5 sukatan

***Anekdot
Saya terlupa memasukkan jagung sebab tidak nampak tinnya yang berada di dalam almari.
Kalau buat bubur asyura ini perlu dibuat banyak sebab renyah sedikit dan mengambil masa yang agak lama. Bila buat selalunya ingatkan jiran dan saudara mara. Jika berkelapangan nanti saya akan buat untuk teman di pejabat - tunggu Muharam pula.

Saturday, October 29, 2011

Adam



Semalam hadir ke kenduri kesyukuran di rumah Aziz Ahmad - Denai Seksyen 16, Shah Alam kerana menyambut kedatangan orang baru - ADAM

air sedap

perasa jambu merah, strawberi

tambah sirap

iftar

tak masak sayur - makan buah


untuk girls

buat lagi

perkara paling malas ketika buat miang kham ialah KELAPA


degil tak mau pecah - buang je sebelah ni

tak beza pun he he he


banding dengan di BAGUS


boleh berniaga!

kenal siput?

belangkas

siput halia &
ketam nipah (jantan agaknya sebab murah sikit)

ketam nipah betina agak mahal 1 kg RM30.00

ketam

kerang bulu (besar)

kepah & siput kemudi (satu RM1.50)

lokan & siput biji nangka

siput buluh 1 kg RM14.00

siput belitung/siput sedut

tiram

sotong

isi ketam (RM38.00) & abelon (RM6.00)


RM40.00

frozen - lala, isi kerang