pemberian Kak Milah

Hari ini pukul 1.30 petang, Kak Milah mendapat cucu pertama lelaki


tahniah


TERIMA KASIH KAK HAMILAH

nasi lemak kopi O

Semalam twins beritahu hari Sabtu ini mereka akan mengisi slot berkenaan untuk mempersembahkan qasidah. Tunggu...

Thursday, September 29, 2011

siapa punya?

berkenan sangat, atas meja saya pula
(tempat laluan ramai, mungkin tumpang letak)

tetapi tiada siapa yang tahu - untuk siapa, daripada siapa?

harapnya untuk saya...

iftar 29 Sept

tetapi saya tidak puasa - temankan girls

ayam masak lemah, daging masak hitam

sayur campur, telur masin

10 orang muslimat yang hadir

nasi lemak

makan macam orang puasa juga

***Anekdot
Selepas Ramadan, majlis berbuka puasa diadakan pada hari Isnin dan Khamis. Sepanjang Syawal saya hanya berkesempatan untuk berpuasa sekali sahaja pada hari Isnin dan tiada langsung pada hari Khamis kerana banyak jamuan. Segan untuk datang makan kalau tidak berpuasa, selain mengambil kesempatan untuk melihat twins.
Sebelum Maghrib tadi dapat sms daripada Ustaz Wafi bahawa outing mereka pada hari Ahad ini 9.30 pagi - 3.30 petang. Sempat berbisik kepada Naan mengenai outing mereka (biasanya itu rahsia ustaz he he he). Mama pecah rahsia - kata Naan, awalnya kedai pun belum buka (selamat duit mama tetapi tak selamat juga). Mula-mula mesti ke Pasar raya Giant @ Hero beli keperluan harian kemudian atur kedai - Jaya Jasco, Rose Aladin @ Ar Rawsha, tunggu... je le


Wednesday, September 28, 2011

kuetiau

Luqman & girls puji sedap

barangkali lama tidak makan

atau sebab kuali baru...

...yang sangat panas

Resipi:
1 bungkus kuetiau
3-5 bawang putih - tumbuk
5 biji telur
1 senduk kicap manis
(*dulu Kipas Udang, sekarang Jalen)
tauge, kucai (jika suka)
- panas minyak, tumis bawang putih
- masuk kicap
- masuk telur agak tidak terlalu masak
- masuk kuetiau
- masuk tauge - siap
(tidak perlu garam)

***Anekdot
Saya kira penggunaan kuali juga memainkan peranan dalam menyedapkan kuetiau ini.
Resipi ini pemberian Puan Halimah Ahmad kira-kira 10 tahun lalu.

AL-FATIHAH

pemberian lagi...

memang suka sangat

hampir beli di Ikea ketika ke sana bersama Ton

Alhamdulillah - rezeki

TERIMA KASIH DAUN KELADI

ayam

buat ayam goreng sendiri

... tak rasa KFC pun tetapi habis juga

jauh lagi rasa ayam UNCLE BOB!

bila puasa semua teringin