Wednesday, August 31, 2011

Raya ke-2

Seperti menjadi acara wajib bagi kami sekeluarga sejak 2005, pada hari raya ke-2 semua anak, menantu, cucu, cicit, cucu menantu akan berkumpul di Bandar Baharu.
Tahun ini Aliaa & keluarga datang dari Shah Alam (tahun lepas Aliaa bersalin), Wafa dan suami datang dari Ipoh. Mereka beraya di rumah mertua tetapi akan balik untuk sama-sama berkumpul di rumah tok (emak saya).

sepatutnya:
1 emak
5 anak, 5 menantu = 10 orang
cucu = 26 orang
cucu menantu = 3 orang
cicit = 3 orang

JUMLAH = 43 orang

Acara dimulakan dengan tahlil
oleh Muhammad Nazhan (anak bongsu saya)

anak Abang Azhar 6 lelaki tiada dalam gambar

kaum wanita menyiap & menghidang juadah

Kak Tipah & emak turut serta

2 anak perempuan saya tiada dalam gambar-
Farhah demam, Adilah tidak turut makan


anak Abang Azhar - Wahidah, suami dan anak tiada dalam gambar






Kak Maznah 6 beranak tidak balik tahun ini

***Anekdot
Tahun hadapan tambahan 2 cucu menantu dan 1 cicit, Insya Allah.

Al-Fatihah

1. Tan Sri Dr. Abdul Shukor bin Abdullah - pengetua pertama Sekolah Menengah Sains Kedah dan
2. Dato' Dr. Hassan bin Ahmad - bekas Ketua Pengarah DBP

MERDEKA

Hari Kemerdekaan yang ke-54

1 Syawal 1432

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA ALDIL FITRI KEPADA SEMUA.
Alhamdullillah saya berkesempatan menyambut Aidil Fitri bersama kaum keluarga di Bandar Baharu Kedah Darul Aman

Monday, August 29, 2011

berakhir RAMADAN

Tahun ini saya lambat pulang ke kampung, hanya sehari sebelum hari lebaran. Pulang pada pagi Isnin pukul 7.45 pagi dan tiba di kampung pukul 11.30 pagi.
Sebelum itu rumah tetap disediakan hidangan kuih-muih yang sempat dibuat, tidak banyak, cuma 5 jenis. Itupun hanya satu resipi sahaja (menggunakan 1 buku mentega), tidak seperti tahun-tahun dahulu, sekurang-kurangnya 5 adunan untuk setiap resipi. Tahun ini ole-oleh untuk di kampung semuanya kuih tunjuk...!